Selasa, 13 March 2018 | 10:10am

Ringgit kembali meningkat

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) awal hari ini susulan aporan pekerjaan AS yang menunjukkan kelemahan data upah yang sekaligus menekan dolar.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 3.9020 / 9050 berbanding 3.9030.9060 pada Isnin.

"Pasaran masih tidak kukuh dengan pelabur kini sangat berhati-hati apabila mata wang pasaran baru muncul pulih. Laporan pekerjaan yang lebih kukuh dengan inflasi gaji yang rendah harus terus membuktikan sokongan terhadap ringgit minggu ini," kata Ketua Perdagangan AS-OANDA, Stephen Innes.

Walau bagaimanapun, beliau berkata potensi peningkatan dalam ketegangan perdagangan terus berlarutan.

Sementara itu, ringgit lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9732 / 9764 daripada 2.9678 / 9712 pada Isnin dan lemah berbanding pound British kepada 5.4250 / 4311 daripada 5.4076 / 4122.

Berbanding yen, ringgit lebih rendah pada 3.6676 / 6715 daripada 3.6627 / 6666 dan lemah berbanding euro pada 4.8143 / 8184 daripada 4.8054 / 8095. -BERNAMA

798 dibaca
Berita Harian X