Isnin, 12 March 2018 | 7:35pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh peningkatan permintaan secara berterusan dengan dagangan aktif sepanjang sesi serta prestasi positif seluruh papan, kata peniaga.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 17.30 mata lebih tinggi kepada 1,861.22 daripada 1,843.92 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Selepas dibuka menokok 7.74 mata kepada 1,851.66 pagi ini, indeks itu berlegar dalam lingkungan antara 1,850.62 dan 1,861.23 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd menerusi satu nota penyelidikan berkata kalangan pedagang didorong oleh sentimen bahawa hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara akan pulih.

Malah, data penggajian bukan ladang AS turut meningkat sebanyak sebanyak 313,000 pada bulan lepas - tertinggi dalam tempoh 18 bulan dan jelas melangkaui jangkaan serta menunjukkan kesan limpahan positif di peringkat global.

Selain itu, sentimen pasaran juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 558 berbanding 360 manakala 420 kaunter tidak berubah, 538 tidak didagangkan dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.46 bilion unit bernilai RM2.4 bilion daripada 2.25 bilion unit bernilai RM2.01 bilion pada Jumaat.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank tidak berubah masing-masing pada RM10.44 dan RM23.00 manakala Tenaga menokok lapan sen kepada RM15.62, CIMB meningkat 12 sen kepada RM7.27 dan Petronas Chemicals untung 10 sen kepada RM8.08.

Bagi saham cerdas, Nexgram naik satu sen kepada lima sen, NWP Holdings meningkat 6.5 sen kepada 33 sen, Sino Hua-an menambah 1.5 sen kepada 44 sen manakala Sapura Energy dan Hibiscus Petroleum pula tidak berubah masing-masing pada 46.5 sen dan 89 sen.

Indeks FBM Emas naik 141.93 mata kepada 13,110.87, Indeks FBMT 100 meningkat 143.98 mata kepada 12,855.18 manakala Indeks FBM Emas Shariah menambah 171.69 mata kepada 13,294.2.

FBM 70 pula melonjak 259.23 mata kepada 15,682.5 dan FBM Ace naik 8.19 mata kepada 5,980.05.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan menambah 55.17 mata kepada 3,237.03, Indeks Perladangan menokok 44.04 mata kepada 8,088.2 dan Indeks Kewangan naik 117.82 mata kepada 18,110.56.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.37 bilion unit bernilai RM2.24 bilion daripada 1.33 bilion unit bernilai RM1.87 bilion pada Jumaat.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangannya menokok kepada 708.45 juta saham bernilai RM97.61 juta saham daripada 567.58 juta saham bernilai RM87.26 juta.

Jumlah waran turut meningkat kepada 382.52 juta bernilai RM56.6 juta daripada 347.52 juta bernilai RM48.74 juta.

Barangan pengguna menyumbang 135.02 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (443.76 juta), pembinaan (73.32 juta), perdagangan dan perkhidmatan (485.98 juta), teknologi (49.51 juta), infrastruktur (6.49 juta), SPAC (738,000), kewangan (54.59 juta), hotel (430,200), hartanah (92.84 juta), perladangan (20.18 juta), perlombongan (257,200), REIT (8.09 juta) dan dana tertutup (113,900). - BERNAMA

171 dibaca
Berita Harian X