Rabu, 14 Februari 2018 | 10:06am

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi bagi hari ketiga berturut-turut berikutan minat belian yang berterusan.

Prestasi itu juga selari dengan prestasi pasaran saham lain serantau selain mengikut jejak prestasi semalaman yang kukuh di Wall Street.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) adalah 1.61 mata lebih tinggi pada 1,834.63, selepas dibuka 2.63 mata lebih baik pada 1,835.65 daripada penutup semalam iaitu 1, 833.02.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 119 berbanding 57 manakala 134 kaunter lagi tidak berubah dengan 1,572 tidak didagangkan dan 20 lagi digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 40.74 juta saham bernilai RM22.80 juta. -BERNAMA

86 dibaca
Berita Harian X