Selasa, 13 Februari 2018 | 10:32am

Ringgit dibuka tinggi dalam dagangan awal

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan mata wang asing itu susut daripada keuntungan terdahulu.

Ia juga didorong oleh sentimen tempatan yang positif menjelang pengumuman laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2017, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 3.9350/9380 berbanding dolar AS daripada penutup semalam iaitu 3.9370/9400. -BERNAMA

188 dibaca
Berita Harian X