Selasa, 13 Februari 2018 | 7:23am

Pasaran minyak mentah kembali stabil

NEW YORK: Pasaran minyak mentah kembali stabil pada Isnin, ditutup berubah sedikit semalam berikutan ekuiti global mula pulih daripada kerugian yang dialami daripada kemerosotan mingguan terbesar dalam tempoh dua tahun.

Niaga hadapan Brent susut 20 cents, atau 0.3 peratus untuk ditutup kepada AS$62.59.

Minyak mentah U.S. West Texas Intermediate meningkat sembilan cents untuj ditutup pada AS$59.29 setong, naik 0.2 peratus tetapi masih tidak melepasi paras tertinggi dagangan semalam iaitu AS$60.83.

"Hari ini, pasaran akan cuba kembali membuat keuntungan," kata Pengarah Kajian Pasaran di Tradition Energy in Stamford, Connecticut, Amerika Syarikat (AS), Gene McGillian.

"Ia mempunyai kaitan dengan kelemahan dolar," katanya.

Dolar yang lemah membantu menyokong harga minyak dengan menjadikan minyak mentah yang didagangkan dengan nilai dolar AS lebih murah kepada pembeli yang menggunakan mata wang lain.

Minyak mentah juga mendapat sokongan berikutan peniaga dilihat mencari kedudukan yang lebih kukuh, kata penganalisis di Tyche Capital Advisors, John Macaluso. -Reuters

442 dibaca
Berita Harian X