Selasa, 13 Februari 2018 | 7:20am

Saham AS ditutup tinggi

NEW YORK: Ketiga-tiga indeks utama Wall Street ditutup tinggi pada Isnin dengan keuntungan meluas merentasi pelbagai sektor.

Ia berikutan keyakinan pelabur yang dilihat bertambah selepas berlakunyan kemerosotan ekuiti mingguan terbesar dalam tempoh dua tahun.

Indeks Purata Perindustrian Don Jones naik 409.47 mata atau 1.69 peratus kepada 24,600.37, S&P 500 menokok 36.39 mata atau 1.39 peratus kepada 2,655.94 manakala Indeks Komposit Nasdaq meningkat 107.47 mata atau 1.56 peratus kepada 6,981.96. -Reuters

78 dibaca
Berita Harian X