;
Jumaat, 26 Januari 2018 | 11:02pm
Presiden AS Donald Trump menyampaikan ucapan semasa mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland. - Foto AFP

Saham AS dibuka tinggi

BENGALURU: Niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pembukaan tinggi di Wall Street, susulan perolehan yang kukuh minggu ini disokong sentimen, menjelang ucapan penutup Presiden AS, Donald Trump di Davos.

 

Trump dijangka memberitahu Forum Ekonomi Dunia di Davos bahawa pentadbirannya tidak akan bertoleransi terhadap kecurian harta intelek dan penyalahgunaan dagangan, kata pegawai kanan pentadbiran AS.

 

Saham AS meningkat berikutan pengesahan Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin, mengenai dolar AS yang lemah, namun menyusut sedikit selepas Trump menyatakan beliau mahukan dolar AS yang lebih kukuh.

 

Pada 7.01 a.m. (1201 GMT), e-mini Dow meningkat 73 mata, atau 0.28 peratus debgab 21,337 kontrak bertukar tangan.

 

E-mini S&P 500 naik 10.5 mata, atau 0.37 peratus, dengan 109,347 kontrak diniagakan.

 

E-mini Nasdaq 100 meningkat 35.25 mata, atau 0.51 peratus, dengan 26,425 kontrak.

 

Intel Corp meningkat kira-kira 6 peratus dalam dagangan prapasaran selepas syarikat itu memberi ramalan 'bullish' dan melepasi jangkaan suku keempat. - REUTERS

155 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »