Rabu, 24 Januari 2018 | 11:08pm
- Gambar hiasan

Saham AS mengukuh

BENGALURU: Niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pembukaan lebih tinggi untuk Wall Street susulan perolehan keuntungan daripada industri gergasi disokong sentimen pasaran.

Susulan laporan positif terhadap perolehan pendapatan General Electric (GE), ia membantu meningkatkan sahamnya kira-kira 2 peratus dalam prapasaran.

United Technology meningkat 0.7 peratus berikutan keputusan positif dan ramalan keuntungan lebih tinggi.

Pada 6.58 a.m. (1158GMT), e-mini Dow naik 60 mata, atau 0.23 peratus dengan 19,326 kontrak bertukar tangan.

E-mini S&P 500 naik 3.75 mata, atau 0.13 peratus dengan 107,170 kontrak diniagakan. 

E-mini Nasdaq 100 meningkat 7 mata, atau 0.1 peratus dengan 25,548 kontrak. - Reuters

 

96 dibaca
Berita Harian X