Isnin, 22 Januari 2018 | 9:58am

Ringgit mengukuh

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini disebabkan permintaan berhati-hati terhadap mata wang tempatan dan menjelang mesyuarat dasar Bank Negara Malaysia Khamis ini, kata peniaga.

Pada jam 9.00 pagi, ringgit berada pada 3.9380/9430 berbanding dolar AS daripada 3.9360/9400 penutup Jumaat.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.8209/8274 daripada 4.8322/8387 penutup Jumaat dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9804/9853 daripada 2.9820/9869.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.5570/5619 daripada 3.5572/5617, dan menambah berbanding pound British kepada 5.4656/4741 daripada 5.4742/4801. - BERNAMA

811 dibaca
Berita Harian X