Selasa, 2 Januari 2018 | 10:16pm
NIAGA hadapan saham Amerika Syarikat menunjukkan pembukaan lebih tinggi untuk Wall Street. - Foto hiasan

Saham AS teruskan momentum kukuh 2017

NEW YORK: Niaga hadapan saham Amerika Syarikat menunjukkan pembukaan lebih tinggi untuk Wall Street, bagi dagangan pertama untuk 2018 hari ini, sekali gus meneruskan kesinambungan prestasi kukuh sejak tahun lalu.

Penutup indeks saham utama bagi 2017 adalah terbaik sejak 2013, dipacu dengan gabungan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan korporat yang kukuh selain kadar faedah rendah dan jangkaan pemotongan cukai korporat.

Pada 6:57 a.m. (1157 GMT), e-mini Dow naik 33 mata, atau 0.13 peratus, dengan 14,970 kontrak bertukar tangan.

E-mini S&P 500 naik enam mata, atau 0.22 peratus, dengan 104,584 kontrak diniagakan.

E-mini Nasdaq 100 meningkat 7.5 mata, atau 0.12 peratus, dengan 21,804 kontrak. - Reuters

123 dibaca
Berita Harian X