Selasa, 24 Oktober 2017 | 10:15pm

Dow Jones Wall Street dibuka tinggi

NEW YORK: Indeks Dow Jones Wall Street dibuka pada rekod tinggi malam ini, didorong oleh peningkatan tujuh peratus dalam saham Caterpillar.

Pembuat peralatan pembinaan dan perlombongan terbesar dunia itu mengatasi anggaran keuntungan dan jualan suku ketiga, sekali gus menaikkan unjuran tahun penuhnya.

Komponen Dow yang lain melaporkan peningkatan positif termasuk 3M, yang mana naik 2.51 peratus, dan United Technologies, menambah satu peratus.

McDonald meningkat 0.65 peratus selepas jualan dilaporkan mengatasi jangkaan.

Musim pendapatan suku ketiga mencatatkan keputusan positif yang besar, dengan lebih daripada tiga perempat daripada 97 syarikat

S&P 500 mencatatkan keputusan melebihi jangkaan keuntungan.

Wall Street berundur daripada paras tinggi pada Isnin, berikutan ditekan oleh penurunan dalam saham teknologi dan industri.

Pada 8:31 pagi ET (1231 GMT), e-mini Dow naik 129 points, atau 0.56 peratus, dengan 31,961 kontrak bertukar tangan.

E-mini S&P 500 menambah 4.75 mata, atau 0.19 peratus, dengan 154,713 kontrak diniagakan.

E-mini Nasdaq 100 naik 13.75 mata, atau 0.23 peratus, dengan jumlah 27,525 kontrak. - REUTERS

131 dibaca
Berita Harian X