Selasa, 12 September 2017 | 6:58pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi dalam tiga bulan

KUALA LUMPUR: Sokongan belian berterusan saham berwajaran tinggi terpilih yang diketuai oleh Petronas Gas, mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi dalam tempoh tiga bulan, sejajar dengan prestasi yang lebih baik di pasaran serantau.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 7.12 mata lebih tinggi kepada 1,789.86.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 489 berbanding 395 dengan 383 kaunter tidak berubah, 566 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.66 bilion unit bernilai RM2.26 bilion daripada 2.73 bilion unit bernilai RM2.16 bilion pada Jumaat.

95 dibaca
Berita Harian X