Selasa, 12 September 2017 | 10:15am

Ringgit mengukuh

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan redanya kebimbangan pelabur berhubung ujian nuklear Korea Utara, kata peniaga.

Pada 9.02 pagi, unit tempatan itu disebut pada harga 4.2030/2070 berbanding dolar AS berbanding 4.1950/1000 penutup semalam.

Peniaga berkata, pelabur beralih minat ke arah dolar AS selepas Korea Utara menyambut ulangtahun penubuhannya tanpa mengadakan ujian nuklear dan ini membantu aset berisiko dan dolar AS pulih.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding mata wang utama.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1193/1228 berbanding 3.1234/1283, penutup Isnin dan mengukuh berbanding yen kepada 3.8373/8420 daripada 3.8667/8717.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.5320/5389 daripada 5.5340/5423 dan menokok berbanding Euro kepada 5.0217/0274 daripada 5.0395/0459. - BERNAMA

552 dibaca
Berita Harian X