Sabtu, 12 Ogos 2017 | 12:04am

Bursa tiada rancangan senarai saham dwi kelas

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia tidak ada rancangan untuk melaksanakan penyenaraian saham dwi kelas.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan berkata, ada laporan mengelirukan mengenai pendirian Bursa Malaysia berhubung penyenaraian saham dwi kelas.

Pendirian Bursa Malaysia telah disalah fahami dan diambil di luar konteks, kata bursa itu.

Dalam usahanya untuk terus kekal menarik dan kompetitif, Bursa Malaysia berkata, ia komited mendukung integriti pasaran dan memastikan perlindungan menyeluruh pelabur dalam semua inisiatif pasarannya.

Saham dwi kelas membabitkan penerbitan pelbagai kelas saham yang menjejaskan dasar satu saham, satu undian.

Ia memberikan hak mengundi berbeza berdasarkan kepada kelas saham berbeza. - BERNAMA

88 dibaca
Berita Harian X