Rabu, 9 Ogos 2017 | 7:11pm
PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd, Katsuto Hayashi (tiga dari kanan) diiringi Pengarah Urusan Wang Loo Group, Hon Wan Fatt (empat dari kanan) bergambar selepas merasmikan Wang Loo Motor (JB) Sdn Bhd. Honda 3S Centre di Taman Mutiara Rini, Skudai. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd, Katsuto Hayashi (kanan) diiringi Pengarah Urusan Wang Loo Group, Hon Wan Fatt (tiga dari kanan) membuat lawatan selepas merasmikan Wang Loo Motor (JB) Sdn Bhd. Honda 3S Centre di Taman Mutiara Rini, Skudai. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Pusat Honda 3S dibuka di Mutiara Rini

JOHOR BAHRU: Honda Malaysia Sdn Bhd melancarkan pembukaan Pusat Honda 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) membabitkan pelaburan RM22 juta di Taman Mutiara Rini, dekat sini, sekali gus menjadi bukti komitmen bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi, berkata pihaknya mementingkan kepuasan dan keperluan pelanggan dan menjalankan pelan strategik bagi memastikan perkhidmatan pelanggan sentiasa diberi perhatian dan suara pelanggan didengar dan diambil maklum balas.

"Antara langkah diambil ialah usaha berterusan memberikan keperluan pelanggan termasuk perkhidmatan selepas jualan dan memenuhi jangkaan pelanggan.

"Sehubungan itu, pembukaan Pusat Honda 3S yang baru ini tepat pada masanya bagi meningkatkan keupayaan kami memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan," katanya berucap pada majlis perasmian Pusat 3S Wang Loo Motor (JB) Sdn Bhd, di sini hari ini.

Hayashi berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kawasan selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mencatat jualan lebih 10,500 unit kereta Honda dengan Johor menyumbang 70 peratus iaitu 7,300 unit.

Katanya, jualan di kawasan selatan menyumbang kira-kira 20 peratus daripada jualan keseluruhan Honda Malaysia tahun ini, iaitu peningkatan 30 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan Honda City kekal menjadi model pilihan utama di kawasan selatan dengan hampir 3,000 unit dijual.

Untuk membuat temujanji atau mengetahui sebarang maklumat mengenai servis dan perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat 3S Wang Loo Motor (JB) Sdn Bhd, pelanggan boleh menghubungi talian 07-555 0033 atau mengunjungi premis di Nombor 1, Jalan Jaya 1, Taman Mutiara Rini, 81300, Skudai, Johor atau layari www.honda.com.my.

204 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »