Isnin, 7 Ogos 2017 | 9:37pm

AirAsia X lancar pertandingan

KUALA LUMPUR: AirAsia X melancarkan pertandingan untuk golongan muda dengan tujuan memperkenalkan New Zealand sebagai destinasi pelancongan cabaran.

Dalam kenyataan hari ini, AirAsia X berkata, pertandingan Ultimate Xventure yang disasarkan untuk peserta berusia antara 18 tahun dan 32 tahun itu, menawarkan hadiah utama berupa tiket penerbangan ke New Zealand untuk empat orang serta penginapan selama empat hari tiga malam, di samping aktiviti terpilih.

Bagi bahagian pertama pertandingan, media sosial pertandingan Ultimare Xventure mencari gambar dan video aktiviti cabaran sukan paling kreatif.

Peserta diminta memuat naik kandungan mereka di akaun Instagram masing-masing berserta kapsyen menarik dan hashtag rasmi, #UltimateXventure dan #AirAsiaX,@.

AirAsia X berkata, pertandingan itu bermula 31 Julai lalu dan akan berakhir pada 17 Ogos ini, manakala proses pengadilan akan dilakukan pada 14-17 Ogos untuk memilih seorang pemenang setiap hari dan mengumumkannya menerusi saluran radio Fly FM.

AirAsia X bekerjasama Sunway bagi bahagian kedua atau finale yang akan berlangsung di SunwayLagoon Extreme Park pada 20 Ogos, 2017.

Pemenang akan bersaing dalam permainan khusus untuk pertandingan Ultimate Xventure, yang juga menampilkan pengalaman yang ada di New Zealand serta memenuhi peminat yang menggemari aktiviti mencabar. - BERNAMA

Berita Harian X