Isnin, 7 Ogos 2017 | 9:16pm

iflix teroka Kemboja

KUALA LUMPUR: iflix, perkhidmatan langganan video berdasarkan permintaan (SVoD) terkemuka dunia melancarkan perkhidmatannya di Kemboja berikutan pemeteraian kerjasama eksklusif tiga tahun dengan Smart Axiata (Smart), rangkaian mudah alih negara berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, iflix berkata, pengguna kini boleh mendaftar untuk percubaan secara percuma selama sebulan melalui laman web iflix atau dengan memuat turun aplikasi itu ke telefon atau tablet dan mendapat akses tidak terhad kepada pertunjukan televisyen, filem terbaik dunia bagi setiap peranti yang dimiliki, tanpa kad kredit atau obligasi diperlukan.

"Smart juga memperkenalkan pelan data iflix mingguan dan bulanan baharu, Smart StreamOn 2 dan Smart StreamOn 8, yang membolehkan pelanggan menikmati pengalaman penstriman dan hiburan, termasuk perkhidmatan pesanan ringkas diaktifkan suara dan data," katanya.

Pengurus Negara ifix Kemboja/Myanmar, Adeana Greenlee berkata, perkhidmatan itu akan mentakrifkan semula bagaimana pengguna di Kemboja menikmati hiburan melalui pengalaman mudah alih yang lancar.

"Dengan menawarkan platform baharu untuk bakat tempatan dan membina produk yang lebih baik daripada cetak rompak, iflix komited untuk mengembang dan menyokong industri filem dan televisyen Kemboja," katanya. - BERNAMA

90 dibaca
Berita Harian X