Selasa, 13 March 2018 | 12:43pm

TNB jadi tuan rumah persidangan industri bekalan elektrik

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjadi tuan rumah Persidangan Industri Bekalan Elektrik (CEPSI) 2018 kali ke-22 dari 17 hingga 22 September di Kuala Lumpur.

Lebih 1,500 perwakilan yang terdiri daripada pemimpin industri, eksekutif kanan, pegawai kerajaan dan pakar dan profesional dari seluruh dunia, dijangka menghadiri persidangan berkenaan.

TNB dalam satu kenyataan berkata persidangan dan pameran itu akan dianjurkan bersama Persatuan Industri Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Timur (AESIEAP).

Sementara itu, Setiausaha Agung AESIEAP, Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata beberapa syarikat pakar dalam bidang tenaga juga tampil sebagai penaja acara, sekali gus mencerminkan pentingnya syarikat berkenaan dalam kalangan penggiat industri.

"Kami bangga atas kehadiran ABB, Schneider Electric, PT CG Power Systems Indonesia dan Tai & Chyun Industries Inc sebagai penaja awal acara ini," katanya.

Pendaftaran untuk indvidu dan kumpulan bagi CEPSI 2018 kini terbuka. Mereka yang mendaftar sehingga 25 Jun akan menikmati kadar penyertaan awal. -BERNAMA

204 dibaca
Berita Harian X