Isnin, 12 Februari 2018 | 10:35pm

Ajinomoto ambil alih tanah TH

KUALA LUMPUR: Ajinomoto (M) Bhd merancang mengambil alih tanah seluas 88.604 hektar di Techpark@Enstek, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan, daripada Lembaga Tabung Haji dan THP Enstek Development Sdn Bhd dengan bayaran berjumlah RM86.07 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Ajinomoto berkata pengambilalihan itu selari dengan rancangan jangka panjangnya untuk meluaskan operasi dan membesarkan kemudahan perkilangannya supaya selari dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap keluaran produk syarikat berkenaan.

"Kami merancang membangunkan kemudahan perkilangan yang baharu di kawasan itu yang dijangkakan dapat mengukuhkan kecekapan syarikat dalam menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan.

"Pada masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan jumlah kos pembangunan atau bila operasi akan bermula. Kos pembangunan akan dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman bank, jika diperlukan," katanya.

-- BERNAMA

922 dibaca
Berita Harian X