Jumaat, 11 Ogos 2017 | 1:06pm

1MDB bayar AS$360 juta kepada IPIC

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengumumkan ia sudah membayar AS$360 juta kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu menjelaskan bayaran itu berdasarkan kepada pindaan bertarikh 8 Ogos 2017 ke atas Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri​​​​​​​ Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.

"Baki daripada tanggungjawab pembayaran asal bertarikh 31 Julai, 2017 kepada​​​​​​​ IPIC kini adalah mengikut tarikh akhir pada 31 Ogos, 2017," katanya.

Syarikat itu memaklumkan bahawa semua bayaran kepada IPIC adalah daripada hasil program rasionalisasi yang sedang dilakukan.

4249 dibaca
Berita Harian X