Khamis, 10 Ogos 2017 | 6:41pm
SIM Kheng Boon dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pembangunan Sarawak Berhad (DBOS).

Kheng Boon dilantik CEO pertama DBOS

KUCHING: Pejabat Ketua Menteri sebentar tadi mengumumkan pelantikan Sim Kheng Boon, 62, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pembangunan Sarawak Berhad (DBOS) berkuatkuasa 1 Ogos lalu.

Berikutan pelantikan Kheng Boon itu, DBOS dijangka beroperasi sepenuhnya selewat-lewatnya pada 1 Januari tahun depan.

Lembaga Pengarah DBOS diketuai Pengerusinya yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani dan tiga lembaga pengarah iaitu Sharkawi Alis, Christopher Adrian dan Datuk Laura Ngien Hion, menyatakan sokongan penuh terhadap Kheng Boon.

Kheng Boon yang juga graduan Ijazah Perdagangan dari University of Windsor, Ontarion, Kanada, itu mempunyai pengalaman dan kepakaran selama 30 tahun dalam sektor kewangan, malah menjadi ahli bersekutu Asian Institute of Chartered Banker.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif, Kenanga Investment Bank Berhad Malaysia Timur selama tiga tahun bermula 2012 hingga 2015, selain pernah berkhidmat di AmBank Aminvestment Bank Berhad selama 30 tahun.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif DBOS, Kheng Boon menjawat jawatan sebagai Pengarah Bebas di Zecon Berhad.

Berita Harian X