Sabtu, 21 April 2018 | 9:57pm
KETUA Pegawai Eksekutif PNBD, Mohd Salem Kailany, bergambar bersama Najwa Latif dan Idola Pelaburan PNBD, Datuk Rosyam Nor, pada Program Idola Pelaburan PNBD sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 di Batu Pahat, hari ini.
KETUA Pegawai Eksekutif PNBD, Mohd Salem Kailany, bergambar bersama Najwa Latif dan Idola Pelaburan PNBD, Datuk Rosyam Nor, pada Program Idola Pelaburan PNBD sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 di Batu Pahat, hari ini.
DATUK Rosyam Nor berkongsi pengalaman dalam Program Idola Pelaburan PNBD sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Batu Pahat, hari ini.
DATUK Rosyam Nor dan Najwa Latif berselfie bersama peminat ketika hadir pada Program Idola Pelaburan PNBD sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Batu Pahat, hari ini.

Golongan muda perlu rebut peluang miliki hartanah

BATU PAHAT: Kesedaran awal amat penting bagi memastikan golongan muda tidak ketinggalan dalam pemilikan aset, terutama kediaman.

Idola Pelaburan PNBD, Datuk Rosyam Nor, berkata golongan muda seharusnya mengambil peluang untuk membeli rumah pada harga mampu milik yang ditawarkan menerusi pelbagai pelan yang dilancarkan.

"Saya berharap, golongan belia tidak hanya melihat masa depan mereka sekadar pekerjaan kerana pekerjaan perlu disusuli dengan pemilikan rumah.

"Dengan pelbagai tawaran dan peluang, kini adalah masa terbaik untuk orang muda mendapatkan aset masing-masing," katanya ketika berkongsi pengalaman dalam Program Idola Pelaburan PNBD sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di sini, hari ini.

Turut berkongsi pentas bersama Rosyam adalah penyanyi genit kelahiran Batu Pahat, Najwa Latif.


KETUA Pegawai Eksekutif PNBD, Mohd Salem Kailany (duduk, tengah) bersama Datuk Rosyam Nor dan Najwa Latif pada Program Idola Pelaburan PNBD sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Batu Pahat, hari ini.

Program itu adalah usaha murni PNBD dalam menyalurkan pendidikan, kesedaran dan mempromosikan kepentingan membuat pelaburan kewangan dan aset demi masa depan yang terjamin, terutama kepada golongan muda.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif PNBD, Mohd Salem Kailany, golongan muda seharusnya mengambil peluang untuk melabur dalam sektor hartanah kerana peluang yang ada kini lebih banyak berbanding dahulu.

"Nasihat saya kepada orang muda, jangan takut untuk melabur. Bertanyalah kepada mereka yang berpengalaman dan pakar. Membeli rumah ini seharusnya menjadi perkara yang menggembirakan, bukan menakutkan", katanya.

PNBD sebelum ini menyatakan komitmen untuk membina 5,000 unit rumah mampu milik menerusi tiga projek perumahan di Port Dickson, Pedas dan Banting.

Projek pertama di Bagan Pinang, Port Dickson yang dilancarkan 17 April lalu sudah habis dijual manakala projek kedua di Teluk Datok, Banting, pula akan dilancarkan Jun nanti.

558 dibaca
Berita Harian X