;
Isnin, 12 March 2018 | 1:39pm

PropertyGuru catat peningkatan carian hartanah

KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah masih relevan dan berpotensi kembali mencatatkan arah aliran kenaikan susulan sentimen keseluruhan yang bertambah baik.

Ini diakui sendiri dengan peningkatan carian mengenai maklumat berkaitan hartanah di portal hartanah terulung Asia, PropertyGuru yang menunjukkan peningkatan pelawat lebih daripada 16 juta.

Pengurus Negara, Sheldon Fernandez, berkata pelawat melayari lebih daripada 110 juta kali lawatan laman hartanah.

Ianya juga turut menjana lebih daripada 550,000 pertanyaan setiap bulan di rantau ini, hanya dengan menggunakan platform kumpulan PropertyGuru.

"Pengguna menggunakan www.propertyguru.com untuk mengenal pasti hartanah yang tersedia untuk pembelian, penjualan, sewa atau pelaburan dan saluran langsung untuk mencari dan menghubungi ejen.

"Ia juga berfungsi sebagai sebuah saluran langsung untuk mencari dan berhubung dengan ejen hartanah. Menyediakan akses masa nyata kepada kandungan merangkumi hartanah dan produk, perkhidmatan, berita, nasihat, panduan dan alat berkaitan kediaman, serta pangkalan data hartanah di Malaysia yang berkembang dengan begitu pesat.

"Malah aplikasi kami yang dilancarkan sejak 2012 juga kini dimuat turun lebih daripada 3 juta dari empat negara pasaran kami iaitu Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia. Di Malaysia sahaja, jumlah muat turun adalah sebanyak 700,000 dan ia semakin meningkat," katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai peneraju pasaran hartanah di Malaysia, PropertyGuru Malaysia memproses jumlah data yang besar setiap hari, menyediakan data yang diperlukan untuk diproses dan menyediakan tinjauan yang mendalam pencarian rumah kediaman di Malaysia.

"Kami meninjau pasaran hartanah di serata Malaysia, di lokasi-lokasi yang berbeza untuk menyediakan gambaran keseluruhan yang komprehensif dan terperinci mengenai harga kediaman di rantau ini," katanya.

271 dibaca
Berita Harian X