Khamis, 12 Oktober 2017 | 12:01pm

Gamuda Land lancar galeri jualan Jade Hills

KAJANG: Gamuda Land, unit perniagaan hartanah Gamuda Bhd melancarkan galeri jualan bagi projek Jade Hills, yang dibangunkan bersama dengan Jade Hills Resort Club.

Jade Hills adalah perbandaran kelima yang dibangunkan oleh Gamuda Land selepas Kota Kemuning, Valencia, Bandar Botanic dan Horizon Hills.

Galeri jualan baharu itu juga dikelilingi pelbagai kemudahan termasuk kolam renang, gimnasium serta gelanggang tenis, badminton dan bola keranjang.


Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land, Ngan Chee Meng (tengah) bersama Ketua Jualan dan Pemasaran Gamuda Land,  Kam Lee Lan (kanan) dan Pengurus Besar Projek Jade Hills, Lam Sew Chee memotong riben sebagai tanda simbolik pelancaran galeri jualan Jade Hills baharu di Kajang, hari ini.

Perasmian galeri jualan baharu itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land, Ngan Chee Meng; Ketua Jualan dan Pemasaran Gamuda Land,  Kam Lee Lan dan Pengurus Besar Projek Jade Hills, Lam Sew Chee di sini, hari ini.

Jade Hills adalah perbandaran yang dimajukan Gamuda Land sejak 2008 di atas tanah berkeluasan kira-kira 135 hektar berstatus pegangan bebas.

Projek pembangunan bercampur dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.2 bilion menawarkan beberapa jenis kediaman seperti teres, vila berangkai, banglo, rumah berkembar, apartmen servis, kediaman kluster serta unit pejabat kedai.

171 dibaca
Berita Harian X