Sabtu, 2 September 2017 | 9:00am

Kempen 'My Dream Home' capai impian miliki rumah

KUALA LUMPUR: Kekurangan wang untuk membayar pendahuluan menjadi halangan utama masyarakat hari ini dalam merealisasi impian membeli rumah.

Menyedari masalah itu, portal hartanah terunggul di Malaysia, PropertyGuru bersedia membantu orang ramai dalam mencapai cita-cita memiliki rumah idaman mereka menerusi kempen 'My Dream Home'.

Kempen anjuran PropertyGuru itu memberi peluang kepada seorang peserta bertuah memiliki rumah idamannya .

Menurut kenyataan PropertyGuru, portal itu berharap untuk merealisasikan impian pemenang kempen itu menerusi wang hadiah sebanyak RM50,000 yang akan digunakan untuk membayar wang pendahuluan bagi membeli rumah.

"Kempen ini dapat membantu pemenang terbabit mengatasi halangan utama dalam pembelian rumah kediaman mereka iaitu wang pendahuluan.

"Malah, kempen ini bakal membawa perubahan yang nyata dan bakal mencorakkan kehidupan lebih selesa kepada pemenang," kata kenyataan itu.

Aspirasi 'My Dream Home' ini adalah untuk membantu pembeli rumah mencari dan membeli rumah kediaman mereka menerusi saluran yang terbaik iaitu www.propertyguru.com.my .

PropertyGuru sentiasa mengutamakan keperluan pengguna dalam misi mencari rumah idaman mereka dengan menyediakan maklumat yang tepat dan terkini.

Pengguna boleh mendapatkan ulasan projek kediaman yang tulus dan jujur daripada pakar-pakar hartanah menerusi www.PropertyGuru.com.my/projectreviews.

"Pengguna turut mempunyai akses kepada senarai hartanah terbaru menerusi www.PropertyGuru.com.my/newlaunches.

"Istilah serta isu teknikal berkaitan urusan hartanah turut dipermudahkan menerusi laman sesawang PropertyGuru dengan adanya segmen seperti pandangan pasaran semasa, panduan pengguna, kalkulator pembiayaan rumah serta PropertyGuru Market Index.

"Dengan adanya maklumat penting serta pemahaman mendalam terhadap pasaran hartanah, pengguna PropertyGuru mampu membuat keputusan hartanah baik terutamanya ketika membeli rumah kediaman peribadi mereka kelak." katanya kenyataan itu.

Untuk merebut peluang ini, pengguna perlu mencari rumah idaman mereka menerusi PropertyGuru New Launches dan PropertyGuru Project Reviews.

Hantar pertanyaan itu kepada pihak pemaju projek berkenaan menerusi New Launches pada kotak pertanyaan yang tertera pada laman terbabit.

Untuk Project Reviews, pengguna perlu mencari informasi pemaju seperti telefon nombor dalam segmen Project Details.

Seterusnya, kunjungi rumah contoh atau pejabat jualan projek terbabit untuk membuat pembayaran tempahan .

Kunjungi semula laman sesawang PropertyGuru My Dream Home page untuk menghantar bukti bayaran serta dokumen tempahan.

Jika anda sedang mencari rumah idaman anda, sertailah kempen ini untuk menjadikan impian anda satu kenyataan.

Layarilah www.propertyguru.com.my/mydreamhome untuk mendapatkan maklumat lanjut.

642 dibaca
Berita Harian X