Selasa, 8 Mei 2018 | 7:00am

Nissan NV350 Urvan facelift lebih mantap

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini memperkenalkan Nissan NV350 Urvan (High Roof) facelift dengan reka bentuk global generasi baharu Nissan untuk pasaran tempatan.

NV350 Urvan facelift kini hadir dengan gril hadapan Signature V-motion Nissan serta bamper hadapan yang ditambah baik, lampu utama halogen yang direka semua dengan pelaras manual untuk pandangan lebih baik pada waktu malam.

Selain itu, ia juga didatangkan reka bentuk roda stereng baharu dengan sentuhan moden di ruang kabin.

Dipasang enjin pengecas turbo 2.5 liter YD25DDTi berkuasa tork tinggi dan teknologi diesel bersih, NV350 Urvan menggunakan transmisi manual 5-kelajuan untuk prestasi pemanduan yang mantap.


Rekaan Nissan NV350 Urvan dengan reka bentuk global generasi baharu.

Cekap bahan api

Malah, padanan enjin dan transmisi itu cukup efisyen untuk mencapai tahap penggunaan bahan api sekitar 8.7L/100km berdasarkan kepada New European Driving Cycle (NEDC) serta diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) .

Ciri-ciri lain yang turut disertakan termasuk peranti penghad kelajuan yang dipasang untuk memastikan had kelajuan 100km/j serta penutup bahan api dengan kunci bagi menghalang risiko kebakaran,

Selain itu, NV350 Urvan facelift didatangkan dengan Sistem Bantuan brek (BA), Sistem Anti Kunci (ABS), Lampu berhenti pada kedudukan tinggi dan kunci keselamatan kanak-kanak bagi ciri keselamatan standard.

NV350 Urvan facelift dijual pada harga RM125,000 tanpa insurans yang disertakan tempoh jaminan selama lima tahun atau jarak mileage sehingga 150,000km, yang mana tiba dahulu.

INFO: NV350 Urvan facelift

  • Harga RM125,000 (tidak termasuk insurans)
  • Enjin: Pengecas turbo 2.5 liter YD25DDTi
  • Kecekapan bahan api 8.7L/100km

225 dibaca
Berita Harian X