Isnin, 12 Februari 2018 | 11:03am

Honda SENSING jadikan Accord baharu peneraju segmen sedan

Honda SENSING, teknologi keselamatan generasi hadapan Honda menjadikan model Accord baharu sebagai peneraju dalam segmennya.

Dengan pengenalan Accord baharu itu, Honda Malaysia Sdn Bhd mencipta sejarah apabila ia adalah model kedua yang dilengkapi dengan ciri berkenaan, selepas CR-V baharu yang dilancarkan pada Julai tahun lalu.

Honda SENSING mempunyai pelbagai ciri keselamatan dalam usaha mengurangkan risiko perlanggaran dengan memberi amaran dan bantuan brek ketika diperlukan.

Honda SENSING menggunakan kedua-dua kamera monokular dan radar gelombang milimeter untuk imbasan keadaan jalan raya yang menyeluruh dan sebagai langkah keselamatan tambahan.

Ia berfungsi dengan memberi amaran dan bantuan pemanduan untuk mengelak atau mengurangkan impak perlanggaran.

Honda secara konsisten melangkaui standard segmen D keluarannya dengan inovasi yang dipadankan pada Accord baharu.

Apabila Accord generasi kesembilan dilancarkan pada tahun 2013, ia telah menetapkan penanda aras baru dengan menawarkan ciri-ciri premium dan canggih seperti kamera LaneWatch.

Model Accord 2016 pula dipertingkatkan lagi bagi menambah ciri nilai tambah dan ciri standard keselamatan untuk semua variannya.

Accord generasi terbaharu ini menetapkan penanda aras bukan sahaja bagi jenama Accord, tetapi pasaran kereta segmen D di Malaysia.

Honda Malaysia menawarkan dua varian Accord iaitu Accord 2.0 VTi-L dengan harga RM149,350 tanpa insurans dan Accord 2.4 VTi-L Advance dengan Honda SENSING pada harga RM169,800, tidak termasuk insurans.

Accord 2.4 VTi-L Advance yang dipertingkatkan dengan Honda SENSING menawarkan ciri premium termasuk lampu LED yang bergaya, lampu belakang LED, unit paparan canggih tujuh inci dengan i-MID dan Honda LaneWatch.

Seperti CR-V, teknologi SENSING Honda yang baharu merevolusi pengalaman memandu bersama Accord.

Honda SENSING terdiri daripada 6 sistem utama ini:

AMARAN KELUAR LORONG (LDW)

Roda stereng bergetar dan memberi amaran apabila kenderaan terkeluar daripada lorong tanpa mengaktifkan indikator.

SISTEM MITIGASI KELUAR DARI JALAN (RDM)

Mengawal roda stereng dan brek berfungsi secara automatik untuk mengelakkan pemanduan keluar dari lorong.

SISTEM BANTUAN KEKAL LORONG (LKAS)

Memberi input ketepatan stereng untuk mengekalkan kenderaan di tengah lorong

SISTEM AMARAN PERLANGGARAN HADAPAN (FCW)

Sistem ini mengesan kenderaan di hadapan pemandu dan memberikan amaran visual dan audio jika ia mengesan risiko perlanggaran. Sekiranya tiada tindakan diambil oleh pemandu, Sistem Amaran Perlanggaran Hadapan (CMBS) akan diaktifkan.

SISTEM BREK MITIGASI PELANGGARAN (CMBS)

Membantu mengurangkan kemungkinan pelanggaran di bahagian hadapan. Ia akan membantu memberi bantuan brek jika kenderaan tidak diperlahankan bila adanya risiko perlanggaran.

KAWALAN PEMANDUAN ADAPTIF (ACC)

Menetapkan kelajuan dan jarak di belakang kenderaan lain untuk mengekalkan jarak pemanduan yang selamat.

Maklumat lanjut atau untuk uji pandu Accord dengan Honda SENSING, lawati 90 cawangan Honda di seluruh negara atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my/model/overview/accord

1079 dibaca
Berita Harian X