Isnin, 12 Februari 2018 | 7:00am
RIZUANA di samping Vespa S125 i-GET hadiah cabutan bertuah yang dimenangi sempena Kejuaraan Putra Bolakid YAM Syed Sirajuddin Areeb 2018, baru-baru ini.

Teruja menangi Vespa S125 i-GET bernilai RM11,600

TERUJA hingga tidak terkata. Itulah luahan Rizuana Abdul Rashed, 36, apabila beliau membawa pulang Vespa S125 i-GET bernilai RM11,600 selepas memenanginya menerusi cabutan bertuah Kejuaraan Putra Bolakid YAM Syed Sirajuddin Areeb 2018, baru-baru ini.

Sebagai peminat motosikal Vespa, Rizuana berkata, beliau tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah berkenaan.

"Saya sememangnya inginkan sebuah sebuah Vespa, kini saya memilikinya. Saya seolah-olah tidak terkata, kerana begitu teruja apabila nama saya dipanggil sebagai pemenang," katanya.

Hadiah utama itu disampaikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Kejuaraan Putra Bolakid YAM Syed Sirajuddin Areeb 2018 yang berlangsung pada 19 hingga 20 Januari lalu di Stadium Tuanku Syed Putra, Perlis, bertujuan merekrut bakat baharu di samping mengasah kemahiran mereka dalam bidang sukan.

Pupuk semangat kesukanan

Ketua Pegawai Operasi Naza Premira Sdn Bhd, Farouk Faisal, berkata sejajar dengan visi Naza dalam memupuk budaya sihat menerusi program kesukanan, pihaknya berbesar hati untuk menyumbang motosikal terbabit sebagai hadiah utama sempena cabutan bertuah kejohanan berkenaan.

"Kira-kira 6,000 penonton hadir pada majlis yang berlangsung selama dua hari itu termasuk mereka yang hadir untuk peringkat akhir.

"Kita berharap rakyat Malaysia akan terus aktif dalam membabitkan diri dalam aktiviti sukan, sekali gus menjamin hidup yang lebih sihat," katanya.

INFO

- Vespa S125 i-GET bernilai RM11,600

211 dibaca
Berita Harian X