Ahad, 11 Februari 2018 | 8:00am
MODEL 5 Series pertama guna teknologi hibrid, eDrive. - Foto Zulfadhli Zulkifli
BMW 530e Sport. - Foto Zulfadhli Zulkifli
BMW 530e Sport. - Foto Zulfadhli Zulkifli
BMW 530e Sport dikuasakan dengan enjin petrol generasi terbaharu empat silinder. - Foto Zulfadhli Zulkifli
MODEL 5 Series pertama yang menggunakan teknologi hibrid dan eDrive. - Foto Zulfadhli Zulkifli

BMW 530e Sport hebat

MENYEDARI penerimaan kenderaan hibrid di Malaysia yang semakin menggalakkan, BMW Group Malaysia memperkenalkan model 5 series terbarunya di pasaran tempatan, BMW 530e Sport, model 5 Series pertama yang menggunakan teknologi hibrid dan eDrive.

BMW 530e Sport itu adalah model iPerformance BMW kelima yang diperkenalkan di Malaysia, sekali gus mengukuhkan kepakaran syarikat automotif premium itu dalam teknologi Plug-in Hybrid.

Model terbaru 5 Series kini didatangkan dengan teknologi eDrive, inovasi yang diambil daripada masa depan teknologi automotif iaitu BMW i.

Model baharu ini juga meningkatkan portfolio kenderaan Plug-In Hybird premium BMW di negara ini, membolehkan jenama itu untuk memberi penawaran portfolio terbesar berbanding mana-mana syarikat automotif di Malaysia serta mencerminkan komitmen kami terhadap visi mobiliti di negara ini.

"Berdasarkan jualan BMW Malaysia sepanjang 2017 yang mana 55 peratus daripada unit dijual terdiri daripada BMW Hybrid bersama teknologi eDrive, ia menunjukkan kedudukan kukuh BMW Group Malaysia terhadap jenama hibrid premium di negara ini," kata Ketua Bahagian Jualan BMW Malaysia, Raymond Tan.


BMW 530e Sport mampu mencatatkan penggunaan minyak serendah serendah 2.0 liter bagi setiap 100km (2.0l/100km). - Foto Zulfadhli Zulkifli

Kuasa 184 hp

BMW 530e Sport adalah penambahan yang penting bagi portfolio iPerformance dan BMW Group Malaysia yakin ia akan menjadi peneraju dalam membentuk masa depan mobiliti di Malaysia.

"BMW Group Malaysia terus komited terhadap rancangan Malaysia untuk mengurangkan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020," tambah Raymond.

BMW 530e Sport dikuasakan dengan enjin petrol generasi terbaharu empat silinder sebaris BMW Twin Power Turbo 2 liter yang mampu menghasilkan 184 kuasa kuda (hp) dan tork pada 320Nm.

Ia dipadankan dengan sistem eDrive motor elektrik BMW, ia mempunyai sistem output 252 hp dan 420 Nm tork, membolehkan kereta sedan itu memecut 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dengan catatan masa 6.2 saat.

Selain berupaya memecut pada kelajuan maksimum 235 km/j, ia mampu mencatatkan penggunaan minyak serendah serendah 2.0 liter bagi setiap 100km (2.0l/100km). 


BMW 530e Sport. - Foto Zulfadhli Zulkifli

INFO
BMW 530e Sport

  • Sistem eDrive merangkumi AUTO eDrive, MAX eDrive dan BATTERY CONTROL
  • Pemanduan tenaga elektrik sepenuhnya sejauh 48km dengan kelajuan maksimum 140km/j
  • Disertakan sistem bantuan Dynamic Damper bersama mod ADAPTIVE¬†
  • Warna: Bluestone Metallic, Mediterranean Blue, Alpine White dan Black Sapphire
  • Mempunyai sistem Park Assist
  • Tayar aloi V-Spoke 19 inci
369 dibaca
Berita Harian X