Sabtu, 10 Februari 2018 | 7:00am
MPV lapan tempat duduk sesuai untuk perjalanan sekeluarga.

Kia Grand Carnival CKD tawar dua varian

NAZA Kia Malaysia, pengedar sah jenama Kia memperkenalkan Kia Grand Carnival versi pemasangan tempatan (CKD) di pasaran Malaysia.

Ditawarkan dengan dua varian iaitu 2.2D EX dan 2.2D KX, Grand Carnival CKD didatangkan dengan beberapa pembaharuan tanpa sebarang kenaikan harga.

Sesuai untuk kawasan bandar

Bersesuaian bagi mereka yang menetap di kawasan bandar, ia dilengkapi sistem infotainment yang ditambah baik dengan skrin sentuh lapan inci, yang boleh dihubungkan pada telefon pintar menerusi Apple Carplay dan Android Auto.

Lebih menarik, Grand Carnival CKD turut mempunyai sambungan Bluetooth pada kawalan stereng yang membolehkan pemandu menghubungkan telefon pintar kepada kenderaan terbabit tanpa mengalihkan tangan daripada stereng.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) yang menempatkan lapan tempat duduk itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 193 (PS) pada 3,800 rpm dan 440 tork maksimum antara 1,750 dan 2,750 rpm.

Dilengkapi teknologi terkini

Selain itu, ia juga dilengkapi teknologi 'auto dimming' seperti cermin belakang electro chromic untuk mengurangkan silau, sekali gus menjamin pemanduan lebih selamat.

Bagi varian 2.2D KX, ia disertakan wiper Aeroblade serta penghawa dingin Tri-Zone, sesuai untuk cuaca di Malaysia.

Sementara itu, Naza Kia dalam satu kenyataan, berkata MPV itu kini boleh didapati di semua cawangan Kia di seluruh negara. 

INFO
Kia Grand Carnival CKD (Harga tidak termasuk insurans)

  • 2.2D EX: RM179,718.79 
  • 2.2D KX: RM160,242.43
  • Kapasiti: 2,199 cc
  • Kuasa maksimum [kw(ps)/rpm] : 142(193)/3,800
  • Tork maksimum [Nm(kg.m)/rpm]: 440 (44.8)/1,750-2,750
  • Jenis bahan api: Diesel
  • Kapasiti bahan api: 80 liter
  • Transmisi: 6 kelajuan automatik
  • Lapan tempat duduk

Harga atas jalan tanpa insurans:

  • 2.2D EX - RM180,667.99
  • 2.2D KX - RM161,191.63
315 dibaca
Berita Harian X