Rabu, 23 Ogos 2017 | 11:17am
UD Trucks bersama pengedar tunggalnya, Tan Chong Industrial Equipment (TCIE) melancarkan trak tugas sederhana serba baharu dikenali sebagai Croner.- Foto Rosela Ismail

UD Trucks lancar Croner

SERDANG: UD Trucks bersama pengedar tunggalnya, Tan Chong Industrial Equipment (TCIE) melancarkan trak tugas sederhana serba baharu dikenali sebagai Croner.

Croner dibina khas untuk pasaran pesat membangun seperti Malaysia serta memahami kehendak pelanggan dan keperluan perniagaan.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Presiden Tan Chong Motor Holdings Bhd, Datuk Tan Heng Chew dan Presiden Volvo Group Trucks Asia & JVs, Hakan Karlsson di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

UD Trucks dimiliki oleh Volvo Group sejak 2007 dan memasuki pasaran Malaysia hampir empat dekad lalu menerusi TCIE.

Croner yang mengutamakan aspek versatiliti, waktu operasi dan keselamatan, direka menggunakan komponen tahan lasak serta berkualiti tinggi.

"Keunggulan Croner dapat dilihat dari tiga aspek iaitu warisan, pertukangan Jepun pada UD Trucks, prinsip keselamatan dan teknologi global Volvo Group serta sumber dan pengetahuan mendalam terhadap pasaran tempatan oleh TCIE," jelas Karlsson.

258 dibaca
Berita Harian X