Jumaat, 12 Oktober 2018 | 12:44pm
Contoh Pas IMM13. - Foto ihsan facebook Solidariti Belia SulukBajau Sayang Sabah

Permohonan daftar anak IMM13 dihentikan

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Sabah hari ini menghentikan serta-merta penerimaan permohonan pendaftaran anak-anak pemegang kad IMM13 di Sabah dan Labuan.

Pengarahnya, Datuk Musa Sulaiman, berkata pemberhentian itu berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini, namun beliau tidak menjelaskan sebabnya.

“Dimaklumkan bahawa permohonan pendaftaran anak-anak kepada pemegang kad IMM13 dihentikan serta-merta mulai hari ini di Sabah dan Labuan,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Semalam, satu rakaman video viral di media sosial menunjukkan orang ramai dipercayai warga asing menyerbu Pejabat Unit Khas Jabatan Imigresen yang mengagihkan borang itu di bangunan Wisma Dang Bandang, di sini.

Rakaman video itu mengundang pelbagai persepsi orang ramai yang mendakwa pemberian dokumen itu memudahkan mereka mendapat kad pengenalan sebagai warga tempatan.

Bagaimanapun, Musa menjelaskan, pemberian kad IMM13 itu adalah dokumen pengenalan diri mereka sebagai anak pelarian.

1967 dibaca
Berita Harian X