Sabtu, 13 Januari 2018 | 9:35pm
NOH dan Shamsul Anuar bergambar bersama penerima sumbangan pada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Institut Pengurusan Peladang, Tanjong Karang. - Foto Saddam Yusoff
SHAMSUL Anuar menyerahkan kit bantuan kepada ibu muda, Rani Devi Mustika Mohamad Hashim, 27, pada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Pejabat Koordinator Pembangunan DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. Turut bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam, Nor Farhana Alham (dua dari kiri) dan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (kanan). - Foto Saddam Yusoff
SHAMSUL Anuar bergambar bersama ibu muda yang menerima bantuan pada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Pejabat Koordinator Pembangunan DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. Turut bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam, Nor Farhana Alham (dua dari kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (empat dari kiri). - Foto Saddam Yusoff

Teruja anak dapat bantuan SSPN-i

TANJONG KARANG: Golongan kurang berkemampuan termasuk ibu tunggal di daerah ini gembira dan lega selepas anak mereka menerima bantuan sumbangan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Seorang penerima, Amiza Mohd Amir, 35, terharu apabila anak sulungnya yang bersekolah di Tahun Satu dipilih menerima sumbangan itu.

"Alhamdulillah, saya tak sangka pula Kerajaan Persekutuan bantu beri sumbangan simpanan RM100 ini untuk anak, ...ia menjadi pendorong untuk anak belajar menabung.

"Saya harap program bantuan simpanan seperti ini diteruskan lagi bagi membantu keluarga lain," katanya.

Seorang lagi ibu, Nurfaezah Zulkefli, 24, berharap kerajaan akan terus membantu rakyat dan prihatin memenuhi keperluan penduduk khususnya luar bandar.

"Saya berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang sudi bantu kami menabung dan anak pun seronok sebab ada akaun SSPN-i sendiri," katanya.

Mereka adalah sebahagian daripada penerima pada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di sini, hari ini.

Program itu disempurnakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar. Yang turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.


NOH dan Shamsul Anuar beramah mesra bersama kanak-kanak yang menerima bantuan SSPN-i pada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Institut Pengurusan Peladang, Tanjong Karang. - Foto Saddam Yusoff

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, lebih 5,000 penerima sumbangan termasuk ibu tunggal diraikan di Sabak Bernam, Tanjong Karang dan Hulu Bernam sempena program itu.

Beliau berkata, siri jelajah kali ini adalah yang ke-43 di Selangor sebagai tanda prihatin UMNO kepada rakyat.

"Misi bantuan kepada rakyat ini berterusan dan akan terus konsisten kerana sebagai Kerajaan yang prihatin, usaha ini bukanlah bermusim semata-mata pilihan raya.

"Kita akan buktikan parti ini lebih baik dan rakyat boleh menilai sendiri melalui rekod bantuan. Saya berharap rakyat terus beri sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

299 dibaca
Berita Harian X