Sabtu, 13 Januari 2018 | 7:26pm
KEADAAN banjir yang melanda Kampung Skitong, Sebangan di Sebuyau, hari ini.

Satu pusat pemindahan dibuka di Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Seramai 65 penduduk daripada 19 keluarga di Kampung Skitong, Sebangan di Sebuyau dipindahkan berikutan banjir, hari ini.

Mereka ditempatkan di Dewan Kampung Lutong, Sebangan selepas paras air naik hingga paras pinggang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya masih memantau keadaan di kampung itu dan hingga jam 6 petang ini, paras air semakin surut.

"Ada antara ketua keluarga enggan berpindah dengan alasan keselamatan kediaman dan rela menunggu di rumah manakala isteri dan anak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan.

"Setakat ini, mereka yang dipindahkan ialah 16 lelaki dewasa, 26 wanita dewasa, 11 kanak-kanak lelaki, 10 kanak-kanak perempuan serta seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) wanita dewasa dan seorang OKU kanak-kanak perempuan," katanya.

272 dibaca
Berita Harian X