Jumaat, 12 Januari 2018 | 11:37pm
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat melakukan pemantauan di lokasi banjir di Seberang Batu Badak, Segamat petang tadi.
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat melakukan pemantauan di lokasi banjir di Seberang Batu Badak, Segamat petang tadi.
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat melakukan pemantauan di lokasi banjir di Seberang Batu Badak, Segamat petang tadi.

Mangsa banjir di Johor bertambah

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 160 orang daripada 36 keluarga dipindahkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 9 malam tadi, dua PPS baharu dibuka di Segamat adalah Kompleks Penghulu Mukim Pogoh dan Pusat Aktiviti Belia Kampung Tekam.

Katanya, Kompleks Penghulu Mukim Pogoh menempatkan 29 keluarga membabitkan tiga keluarga, manakala Pusat Aktiviti Belia Kampung Tekam.

"Seramai 54 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak dan 10 orang daripada dua keluarga pula ditempatkan di Balai Raya Kampung Pogoh Tengah.

"Di Mersing, seramai 34 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Tenglu Besar dan 29 orang daripada lapan keluarga pula ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Air Papan," katanya di sini, hari ini.

Ayub berkata, Jalan Telok Arong di Mersing masih ditutup satu lorong untuk lalu lintas akibat runtuhan cerun dan pemantauan berterusan oleh agensi dan pejabat daerah terus dilakukan di kawasan berkenaan.

"Laluan alternatif dicadangkan ialah Jalan Tanjung Resang (J183), Jalan Mersing/Endau (FT003) dan Jalan Air Papan (J79).

"Jalan Kampung Sungai Bebuta (J69) pula ditutup untuk semua kenderaan akibat banjir dan laluan alternatif dicadangkan ialah Jalan Endau-Penyabong," katanya.

Katanya, sebuah lagi PPS akan dibuka di daerah Mersing, bagaimanapun data masih dikemaskini Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana.

1247 dibaca
Berita Harian X