Jumaat, 12 Januari 2018 | 1:09pm
PEGAWAI Daerah Pitas yang juga Pengerusi Bencana Daerah, Bubudan OT Majalu.- Foto ihsan sabah.gov.my

Banjir di Pitas pulih sepenuhnya

PITAS: Banjir di daerah ini pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Sinukab, Kanibongan ditutup, pagi ini.

Pegawai Daerah Pitas yang juga Pengerusi Bencana Daerah, Bubudan OT Majalu, berkata PPS Dewan Kampung Sinukab yang menempatkan 10 orang daripada tiga keluarga, ditutup jam 10.30 pagi tadi.

"PPS Dewan Kampung Sinukab sudah ditutup pagi tadi dan keadaan banjir pulih sepenuhnya di daerah ini.

"Semua jalan juga sudah boleh dilalui, manakala semua kampung terjejas banjir juga sudah pulih.

"Keadaan cuaca sejak semalam juga cerah," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, sebuah lagi PPS iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom yang menempatkan 158 orang daripada 45 keluarga, ditutup petang semalam selepas banjir mulai surut.

130 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »