Khamis, 11 Oktober 2018 | 3:39pm
Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil P. Pordickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis Bersama Wanita Port Dickson dan Otai Reformasi di Gelangang Petanque. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

PPRM yakin Anwar dapat mandat

SEREMBAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini mampu membawa banyak perubahan jika diberi mandat sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Pengerusi Pertubuhan Perjuangan Rakyat Malaysia (PPRM), Mohd Anas Sudin, berkata antara perubahan boleh dilakukan adalah menambah baik jaringan jalan raya, pusat riadah, perniagaan, perindustrian dan pelancongan.

Katanya, PPRM bersama jentera kempen Anwar dengan mengadakan ceramah berkelompok di Port Dickson terutama di Linggi, Pasir Panjang dan Bagan Pinang.

“Menjelang hari mengundi Sabtu ini, kami yakin kemenangan besar bakal diraih Anwar memandangkan ‘mood’ pengundi memihak padanya.


Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil P. Pordickson, Datul Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama orang ramai sempena majlis Bersama Wanita Port Dickson dan Otai Reformasi di Gelangang Petanque. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

“Pengundi diharap membuat keputusan bijak dengan menilai kepimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri itu,” katanya dihubungi NSTP, hari ini.

Mohd Anas berkata, jentera Pakatan Harapan (PH) kini aktif mendekati masyarakat Melayu di kawasan perkampungan dan taman perumahan.

“Kami melihat momentum sokongan terhadap Anwar melonjak naik ditambah pula dengan kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini,” katanya.

824 dibaca
Berita Harian X