Sabtu, 29 September 2018 | 5:13pm

'Orang PD dah kenal saya'

PORT DICKSON: Calon Bebas, Tan Sri Mohd Isa Samad, yakin boleh menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Dalam sidang medianya selepas penamaan calon semalam, Mohd Isa, 69, yakin kedudukannya sebagai anak jati Port Dickson akan memudahkan kempen kerana sudah dikenali pengundi.

“Saya masuk bertanding sebab yakin boleh menang. Tiada strategi lain melainkan terus berkempen rumah ke rumah berjumpa pengundi.

“Mereka kenal saya dan itu adalah sedikit kelebihan yang saya ada selain anak tempatan,” katanya.

Mohd Isa berkata, PRK Port Dickson sama dengan pilihan raya lain dan tidak dilihat sebagai luar biasa.

“Saya yakin peluang untuk menang tetap ada walaupun berdepan enam calon termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

2224 dibaca
MOHD Isa berjalan keluar selepas pengumuman calon bagi PRK Parlimen Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson hari ini. - Foto BERNAMA
Berita Harian X