Isnin, 16 April 2018 | 8:44pm
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang (kiri) diiringi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,Shafruddin Ali Hussin (dua kiri) mengetuk gong sebagai merasmikan Karnival Akademik 2018 di Institut Perguruan Kampus Dato' Razali Ismail Kuala Nerus. - Foto Rozainah Zakaria

Misi 'giant-killer' rampas Marang

KUALA TERENGGANU: Mana-mana calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Marang menentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berpotensi menjadi 'giant-killer' kedua selepas Datuk Seri Abdul Rahman Bakar.

Abdul Rahman pernah mengalahkan Abdul Hadi sebanyak dua kali iaitu dalam PRU pada 1986 dan 2004 sehingga digelar sebagai 'giant killer' oleh pemerhati politik tanah air.

Ketua UMNO Bahagian Marang, A Latiff Awang, berkata beliau percaya pucuk pimpinan BN akan meletakkan calon yang digemari masyarakat setempat, sekali gus mencerahkan peluang untuk menang di kerusi itu.

"Tak mustahil akan wujud 'giant killer' kedua selepas (Abdul) Rahman Bakar, lebih-lebih lagi kini wujud perpecahan dalam pembangkang dengan kemunculan PAN (Parti Amanah Negara).


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang (tiga kanan) bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,Shafruddin Ali Hussin (dua kanan) melawat pameran pada Karnival Akademik 2018 di Institut Perguruan Kampus Dato' Razali Ismail Kuala Nerus. - Foto Rozainah Zakaria

"Selain itu, dalam tempoh lima tahun, kerajaan negeri sudah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Marang, termasuk di DUN (Dewan Undangan Negeri) yang kalah.

"Saya yakin rakyat Marang akan memilih calon yang mampu dan sudah terbukti sering membela mereka iaitu BN," katanya kepada NSTP, di sini, hari ini.

Beliau berkata, DUN Alor Limbat dan Bukit Payong yang kini dikuasai pembangkang juga berpotensi cerah untuk kembali jatuh ke tangan BN.

"Dua DUN ini pernah dimiliki BN, bukan sekali tetapi banyak kali dan kerana itu saya yakin BN akan menguasai semula kedua-dua DUN ini, selain mengekalkan kerusi Pengkalan Berangan," katanya.

1014 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »