Isnin, 16 April 2018 | 8:33pm
TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Foto Roslin Mat Tahir.

Agihan kerusi Selangor selesai

SHAH ALAM: Agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk semua parti pakatan yang diketuai PKR di Selangor sudah dimuktamadkan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bagaimanapun enggan mendedahkan pengagihan berkenaan secara lebih terperinci.

"Tak apa, kita tunggu penamaan calon. Mungkin esok atau lusa (umumkan calon), sebelum penamaan pun boleh.

"Apa yang penting, pembahagian kerusi sudah selesai," katanya ketika ditemui di Program Ramah Mesra Bersama Penerima Bantuan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, di sini, hari ini.

Sementara itu, pengarah pilihan raya pakatan itu, Dr Xavier Jayakumar, berkata keputusan pengagihan kerusi itu diselesaikan sejak dua hari lalu.

"Ia termasuk enam kerusi yang menjadi perbalahan antara parti . Kita tidak ada peratusan agihan kerusi. Yang penting adalah faktor kemenangan dan kita akan umum pada 25 atau 26 April depan.

"Semua calon ada muka baharu dan lama dan ada juga yang lompat dari DUN ke Parlimen...tetapi ini parti yang akan tentukan," katanya.

608 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »