Jumaat, 28 Julai 2017 | 10:03pm

TPM rasmi mesyuarat UMNO Bahagian Tangga Batu

AYER KEROH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi tiba di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tangga Batu.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu tiba kira-kira jam 9.20 malam disambut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Turut menyambut ketibaan Ahmad Zahid ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam; Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Wira Latiff Tamby Chik.

Kira-kira 500 perwakilan UMNO menghadiri mesyuarat berkenaan yang membabitkan 58 cawangan di Bahagian Tangga Batu bagi mendengar amanat Timbalan Perdana Menteri.

234 dibaca
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron ketika tiba di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tangga Batu. - Foto Rasul Azli Samad
Berita Harian X