Khamis, 11 Oktober 2018 | 9:14am
JUWAIRIYA bergambar bersama murid selepas pelancaran Program School

Tingkat penguasaan bahasa Inggeris murid luar bandar

KUALA SELANGOR: Program School Heroes menjadi pendekatan baharu untuk membantu murid luar bandar menguasai bahasa Inggeris.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli, berkata pihaknya terpanggil menaja program berkenaan bagi memberi pendedahan awal kepada murid memperbaiki prestasi bahasa Inggeris pada peringkat awal, terutama di sekolah.

Katanya, beliau mahu lebih ramai murid di kawasan berkenaan mampu menguasai bahasa antarabangsa itu sejak dari usia muda lagi.

“Pendekatan ini perlu dimulakan sejak sekolah rendah lagi supaya dapat memberi pendedahan lebih luas mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program School Heroes di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bandar Baru, Kuala Selangor, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Penyelaras School Heroes, Tee Lin Dee Terokai ilmu Juwairiya berkata, penguasaan bahasa Inggeris sejak kecil membolehkan murid berpeluang menerokai lebih banyak ilmu berkaitan, sekali gus memantapkan prestasi masing-masing.

Beliau berkata, bengkel bahasa Inggeris selama tiga bulan yang dijalankan di sekolah berkenaan akan turut diadakan di sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil pada bulan ini.

“Saya berharap menerusi inisiatif ini yang turut menampilkan atlet dan selebriti terkenal tanah air sebagai sebahagian daripada pengisian program dapat menjadi pembakar semangat kepada murid untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris mereka,” katanya.

205 dibaca
Berita Harian X