Khamis, 4 Oktober 2018 | 9:58am
GRADUAN di Universiti Taylor’s memenuhi keperluan semasa industri.

Graduan Universiti Taylor's pilihan utama majikan

GRADUAN Universiti Taylor’s bukan saja mampu menguasai tunjuk ajar dengan cepat serta mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja, tetapi juga bijak melaksanakan tugasan secara berpasukan.

Pengarah Pembelajaran dan Pembangunan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, William Lim, berkata sepanjang Mandarin Oriental Kuala Lumpur menjalin kerjasama dengan universiti terkemuka itu daripada aspek pengambilan tenaga kerja, kualiti dan bakat ditunjukkan mereka amat membanggakan.

“Mereka (graduan) memiliki pengetahuan meluas, mampu melontarkan pandangan dengan baik, bijak berkomunikasi bersama pelanggan, tahu menangani masalah secara berkesan dan rajin menimba kemahiran,” katanya.

Ketua Pengambilan Bakat dan Perancangan Masa Depan Tempat Kerja di Maybank Malaysia, Sophia Ang pula berkata, graduan dilahirkan universiti itu memiliki pemikiran pintar dan cerdas, malah mereka sentiasa berusaha menawarkan perkhidmatan terbaik dan berusaha mempelajari ilmu pengetahuan baharu di luar zon selesa.

Kemahiran insaniah

“Sudah pasti perkara ini tidak menghairankan kerana pelajar universiti terbabit sering memenangi pelbagai pertandingan, termasuk Maybank Go Ahead Challenge (MGAC) dianjurkan syarikat kami,” katanya. Naib Canselor dan Presiden Universiti Taylor’s, Prof Michael ruteraan dan kewangan.

Prof Driscoll berkata, sejajar corak pengambilan pekerja yang memfokuskan kepada kemahiran insaniah, graduan kini memerlukan keupayaan dan ilmu meluas bagi membolehkan mereka fleksibel, berpengetahuan tinggi dan berciri keusahawanan.

“Transformasi digitalisasi dan automasi dalam pengambilan pekerja membuatkan universiti ini sentiasa berusaha melahirkan graduan berkemahiran tinggi kerana elemen ini diperlukan apa saja bidang kerjaya,” katanya.

Beliau berkata, bagi individu yang ingin melanjutkan pengajian dan mengasah kemahiran sebagai persediaan menghadapi dunia kerjaya, boleh menghubungi universiti di talian 03-56295000, menghantar emel ke applications@taylors.edu.my atau melayari laman web www.taylors.edu.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

14907 dibaca
Berita Harian X