Sabtu, 14 April 2018 | 3:10pm
MURID-MURID yang hadir pada perasmian Seminar Didik Rakyat 2018 di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam. - Foto Nurul Shafina Jemenon
MURID-MURID yang hadir pada perasmian Seminar Didik Rakyat 2018 di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam. - Foto Nurul Shafina Jemenon
FARAH Ezrin Mohd Rashidi (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Abdul Rahman Kassim pada perasmian Seminar Didik Rakyat 2018 di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam. - Foto Nurul Shafina Jemenon
Datuk Abdul Rahman Kassim (dua belas kiri berdiri hadapan) dan Farah Ezrin Mohd Rashidi (sebelas kiri berdiri hadapan) bergambar bersama dengan murid murid yang hadir pada perasmian Seminar Didik Rakyat 2018 di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam. - Foto Nurul Shafina Jemenon

YBR komited anjur 50 siri Seminar Didik Rakyat

SHAH ALAM: Yayasan Bank Rakyat (YBR) terus komited menjalinkan kerjasama dengan BH menganjurkan sebanyak 50 siri Seminar Didik Rakyat membabitkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepanjang tahun ini.

Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Abdul Rahman Kasim, berkata penganjuran program ilmu itu bertujuan meningkatkan kelangsungan pembangunan pendidikan dan modal insan yang bakal menerajui kepemimpinan negara pada masa hadapan.

Beliau yang juga bekas Pengerusi YBR berkata, setiap pelajar mestilah menanamkan semangat tinggi untuk melakar pelbagai kecemerlangan, di samping membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan UPSR kelak khususnya membabitkan soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

"Mereka mestilah mempunyai pemikiran inovatif, futuristik dan kemahiran abad ke-21 serta mampu berfikir luar kotak dalam menjawab soalan KBAT dengan sebaiknya.

"Penganjuran seminar ini mendukung misi Kementerian Pendidikan untuk memupuk dan menanamkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Didik Rakyat UPSR 2018 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jelutong, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Penyelia Hal Ehwal Murid (HEM) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, Jonit Janjam dan Pengurus Besar Education Vertical (EV) The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Farah Ezrin Mohd Rashidi.

Selain itu, Pengurus Jabatan Pembangunan Program YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Jelutong, Salehuddin Hamid.

Sementara itu, Salehuddin berkata, seminar pendidikan berimpak tinggi dapat mendedahkan pelajar dengan teknik dan panduan menjawab soalan berdasarkan format terkini dengan menyeluruh.

Katanya, kerjasama YBR dan BH menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berupaya menggalakkan kemahiran dan pengetahuan mereka, sekali gus meraih kejayaan membanggakan dalam UPSR.

"Kami (PIBG) amat menyokong pelaksanaan program seumpama ini yang mampu memberikan impak positif terhadap kejayaan pelajar secara lebih menyeluruh.

"Kami berharap mereka dapat memanfaatkan segala ilmu diperoleh dan membuat persiapan rapi bukan setakat akademik, malah membabitkan aktiviti kokurikulum yang menyumbang markah dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)," katanya.

INFO

Seminar Didik Rakyat YBR-BH

* Disertai seramai 300 peserta dari lima sekolah sekitar iaitu SK Bukit Jelutong, SK Seksyen 13, SK Puncak Perdana, SK TUDM dan SK TTDI.

* Mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris

* Selain UPSR, turut membabitkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

266 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »