Jumaat, 13 Oktober 2017 | 1:41pm

Permohonan ke SBP dibuka Isnin ini

KUALA LUMPUR: Permohonan kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan 2018 dibuka secara dalam talian bermula 16 Oktober hingga 19 November ini.

Kementerian berkenaan dalam laman web rasminya mempelawa murid Tahun Enam yang menunggu keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 untuk memohon secara dalam talian kemasukan ke Tingkatan 1 SBP Kementerian Pendidikan.

Pelajar akan menjalani sesi Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) pada 11 hingga 15 Disember ini secara dalam talian di pusat ujian yang akan dimaklumkan kelak.

Ini adalah tahun pertama SBP mengadakan sesi UKSBP sebagai prasyarat berada dalam sistem SBP.

Untuk keterangan lanjut, ibu bapa boleh melayar  laman sesawang KPM di www.moe.gov.my.

424 dibaca
Berita Harian X