Selasa, 12 September 2017 | 12:03pm
SERAMAI 90 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Beaufort pagi tadi terjejas akibat di sekitar sekolah - Foto Ihsan Angkatan Pertahanan Awam.
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu menghantar murid yang terjejas banjir ke SK Lingkungan, Beaufort, bagi menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selepas laluan ke sekolah itu dinaiki air. - Foto Ihsan APM Sabah

Lima sekolah terjejas banjir

BEAUFORT: Hujan lebat sejak malam tadi mengakibatkan lima sekolah di daerah Beaufort terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang masuk hari kedua hari ini.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul, berkata sebuah sekolah dinaiki air, manakala empat lagi terjejas berikutan laluan ke sekolah digenangi air.

Katanya, lima sekolah yang terjejas banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukau; SK Maraba; SK Weston; SK Lubok dan SK Lingkungan.

"Tiada sekolah yang ditutup dan peperiksaan UPSR berjalan seperti biasa dengan membabitkan seramai 90 calon dari lima sekolah berkenaan.

"Semua pusat peperiksaan dapat menjalankan peperiksaan hasil bantuan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis, bomba dan Borneo Samudera (ladang sawit)," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah APM Sabah, Lt Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud, berkata dua kampung terjejas banjir di Beaufort, iaitu Kampung Lingkungan Laut dan Lingkungan Tengah.

"Anggota kita turut membantu murid di SK Lingkungan menerusi Ops Payung dengan menghantar mereka menggunakan bot ke sekolah," katanya.

167 dibaca
Berita Harian X