Ahad, 16 Julai 2017 | 9:32pm

Program MLT di MSU College


DALAM tempoh pengajian pelajar akan mempelajari pelbagai perkara baharu.

SHAH ALAM: Teknologi Makmal Perubatan (MLT) adalah satu bidang yang menggabungkan ilmu sains dan amalan penyelidikan makmal bagi membantu dalam diagnosis iaitu menganalisis serta mentafsir keputusan, menentukan punca penyakit, cara kawalan serta juga penyembuhan.

Kerjaya itu sangat menarik dan mencabar khususnya bagi mereka yang mempunyai minat mendalam berkaitan teknologi sains gunaan sehingga turut menyaksikan permintaan tinggi terhadap bidang berkenaan.

Peluang kerjaya dalam bidang itu ada ditawarkan di pelbagai institusi termasuk hospital awam dan swasta, jabatan kesihatan awam, pusat rawatan, klinik haiwan, makmal radioisotope, makmal penyelidikan patologi, jabatan pembangunan farmaseutikal, universiti dan juga bidang perubatan forensik.

Berdasarkan kepada peluang kerjaya serta permintaan yang tinggi dalam bidang itu, MSU College turut menawarkan program Diploma Teknologi Makmal Perubatan dengan kombinasi struktur pengajian yang komprehensif dan mengikut sukatan modul terkini.

Menepati keperluan industri

Program itu menggabungkan pendidikan umum, sains kesihatan dan sains makmal klinikal bagi melengkapkan graduan dengan penilaian dan etika yang baik dalam membuat keputusan.

Dalam tempoh pengajian selama tiga tahun pelajar akan mempelajari pelbagai perkara baharu termasuk bagaimana untuk menjalankan ujian makmal dan analisis data, cecair dan tisu badan untuk membantu doktor dalam diagnosis serta pengurusan penyakit.

Pelajar turut dilengkapkan dengan pengetahuan teori yang meluas serta kemahiran praktikal selaras dengan keperluan industri perubatan moden.

Graduan MSU College seterusnya berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Bacelor di Management and Science University (MSU) menerusi Faculty of Health and Life Sciences (FHLS).

Seterusnya bagi yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran, graduan boleh memohon untuk melanjutkan pengajian dalam program Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) yang ditawarkan oleh MSU menerusi International Medical School (IMS) di kampus Shah Alam atau kampus pesisir pantai di Bangalore, India.

87 dibaca
Berita Harian X