Ahad, 22 April 2018 | 9:02pm
DR Rami Albatsh ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang (HS) bagi melihat jenazah abangnya, malam tadi. - Foto Zunnur Al Shafiq
DR Rami Albatsh ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang (HS) bagi melihat jenazah abangnya, malam tadi. - Foto Zunnur Al Shafiq

'Kami perlu tabah...'

GOMBAK: "Siapa yang tidak sedih, namun kami sekeluarga perlu kuat dan tabah dengan kejadian ini."

Hanya itu dapat diungkapkan Dr Rami Albatsh, 31, adik lelaki Allahyarham Dr Fadi Albatsh, ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang (HS) bagi melihat jenazah abangnya, kira-kira jam 7.40 malam tadi.

Dr Rami yang ditemani kira-kira 15 kenalan dan sahabat, tiba di negara ini dengan menaiki penerbangan dari Jerman, jam 3 petang tadi.

Dia yang kurang fasih berbahasa Inggeris berkata, urusan tuntutan jenazah abangnya akan dilakukan esok.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menyifatkan tragedi yang menimpa Fadi sebagai memilukan dan berdoa kejadian sedemikian tidak akan berulang.

Beliau yang menziarah jenazah Dr Fadi jam 7.02 malam tadi, menyifatkan mangsa sebagai insan berkeperibadian baik, fasih menghafaz al-Quran serta pernah menjadi imam solat tarawih untuk beberapa tahun.

"Beliau pernah menemui saya untuk mendapatkan tauliah. Takziah saya ucapkan kepada keluarga beliau dan ini amat menyedihkan.

"Semoga Allah memberi kekuatan dan melindungi kita daripada angkara seumpama ini," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Dr Fadi di Unit Perubatan Forensik di Hospital Selayang.

9839 dibaca
Berita Harian X