;
Rabu, 14 March 2018 | 7:19pm
KADAR fi penukaran hak milik motosikal bagi Sabah dan Sarawak akan diseragamkan mengikut kadar Semenanjung iaitu RM3 berkuat kuasa 1 April ini. - Foto hiasan

Fi tukar hak milik motosikal diselaraskan

PUTRAJAYA: Kadar fi penukaran hak milik motosikal bagi Sabah dan Sarawak akan diseragamkan mengikut kadar Semenanjung iaitu RM3 berkuat kuasa 1 April ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ketika ini, kadar semasa penukaran hak milik motosikal di Semenanjung adalah RM3, manakala RM5 di Sarawak dan RM40 di Sabah.

"Penyeragaman kadar fi ini jelas menunjukkan kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat dalam mengurangkan perbelanjaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, usaha berterusan yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin lebih-lebih lagi bagi mengurangkan beban terutama kumpulan B40.

782 dibaca
Berita Harian X