;
Rabu, 14 March 2018 | 7:10pm

Harga minyak turun antara 1 hingga 3 sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, turun tiga sen; RON97 turun dua sen, manakala diesel turun satu sen bermula jam 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Berdasarkan maklumat di laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga terbaru RON95 kini adalah RM2.18 seliter; RON97 adalah RM2.45 seliter manakala diesel adalah RM2.16 seliter.

1406 dibaca
Berita Harian X